Sambutan Merdeka dan Hari Malaysia @ NADI Kg Jerijeh
8 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 7 September 2025, Sambutan Merdeka dan Hari Malaysia @ NADI Kg Jerijeh telah diadakan. Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang sejarah kemerdekaan Malaysia bagi memperingati kemerdekaan negara kita. Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan seperti pertandingan mewarna kemerdekaan yang bertema Hari Kemerdekaan Malaysia 2025.
Pada program ini juga, aktiviti lain seperti tayangan filem secara atas talian bertajuk hari kemerdekaan, pertandingan Kuiz kemerdekaan menggunakan apliksai Kahoot dan saringan Kesihatan. Pada akhir aktiviti ini, staf menilai hasil kerja peserta untuk diberi markah yang sesuai dengan mengambil kira kekemasan dan kreativiti yang dihasilkan. Semoga aktiviti ini bermanfaat kepada peserta yang terlibat bagi melahirkan generasi yang tahu tentang sejarah kemerdekaan negara kita.
Program yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi sehingga 4.00 petang dan berlangsung selama 7 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas Perkhidmatan Pintar NADI. Seramai 24 peserta yang terdiri daripada ibu bapa, belia dan pelajar sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: